Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Sesi Temuduga dan Kemasukan Pelajar Baharu Ke IKDAR pada 18 Januari 2025. Sesi temuduga bermula pada jam 08.00 pagi manakala sesi kemasukan bermula pada 10.00 pagi.
Antara ujian temuduga yang dilaksanakan adalah ujian Bertulis, ujian Shafawi dan ujian Temuduga. Ujian-ujian tersebut telah dipanelkan oleh pensyarah-pensyarah di IKDAR.
Turut hadir bersama YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan taklimat berkaitan pengenalan IKDAR kepada ibu bapa yang hadir bagi sesi temuduga ini.

Kemasukan pelajar baharu sesi 01/2025 dimulakan Taklimat Pendaftaran oleh Unit Kemasukan Pelajar dan pelajar didaftarkan masuk ke asrama selepas selesai pendaftaran di beberapa kaunter.
IKDAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta calon temuduga yang sudi meluangkan masa bagi sesi temuduga ini.
Tahniah juga diucapkan kepada para pelajar yang terpilih dalam mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) di IKDAR. Semoga semua pelajar yang mendaftar dapat menjalani pengajian dengan baik dan diberkati olehNya.






