Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan program minggu orientasi kepada pelajar baharu dan lama IKDAR. Program Orientasi ini berlansung selama 5 hari bermula pada 19 Januari 2025 hingga 23 Januari 2025. Program ini dikendalikan oleh Unit Akademik bersama Majlis Perwakilan Pelajar IKDAR.


Program ini berakhir dengan Majlis Penutup Orientasi Pelajar Baharu dan Lama IKDAR. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar IKDAR. Rektor IKDAR juga turut menyampaikan anugerah kepada pelajar baharu yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam orientasi ini.
Semoga program sebegini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar IKDAR untuk terus berjaya dan menjadi pemimpin pada masa akan datang.
‘Melahirkan Huffaz Teknokrat’






