Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Persefahaman IKDAR pada 24 Januari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Rektor, IKDAR.
Yang Berusaha Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada:
1. Madrasah Al-Qurra yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Yazid Bin Musa, Pengerusi Madrasah Al-Qurra
2. Tijarah Mabrur (M) Sdn. Bhd yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Shalihin Bin Idris, Pengarah Tijarah Mabrur (M) Sdn. Bhd
3. Akademi Alfikrah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Bin Esa, Pengurus Akademi Alfikrah



Turut hadir bersama dalam majlis ini Yang Berusaha Drs Zamri Bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Institusi IKDAR, Yang Berusaha Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang, Dr. Muhammad Hafiz Bin Saleh, Penasihat Madrasah Al-Qurra merangkap Ahli Lembaga Pengarah Institusi IKDAR serta kakitangan IKDAR.

Semoga dengan kerjasama ini dapat membantu untuk membangunkan IKDAR dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dan al-Quran





