Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan taklimat NADI-SAFE & SHIELD kepada para pelajar IKDAR pada 5 Februari 2025 bertempat di Dewan IKDAR.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Jarir Bin Jauhari, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). NADI ini merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Turut diadakan pendaftaran ahli NADI bagi Pelajar IKDAR.

Semoga program sebegini dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar IKDAR dalam dunia global