Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) mengucapkan sekalung tahniah kepada seorang pelajar IKDAR iaitu Saudari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal kerana telah terpilih untuk menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H/2025M bagi kategori 1-10 Juzuk (Perempuan). Pelajar tersebut telah menghadiri bengkel tahsin hafazan sebagai persediaan bagi majlis tersebut di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) bermula pada 13 hingga 16 Februari 2025. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Darul Ridzuan 1446H/2025M akan diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2025 bertempat di Hotel Casuarina @ Meru, Bandar Meru Raya, Ipoh.
Pihak IKDAR mendoakan semoga kesemua peserta terutama Suadari Siti Nursyifaa Binti Shahrizal diberi kemudahan dan dapat mempersembahkan bacaan al-Quran dengan sebaiknya seterusnya beroleh kejayaan.

Hadapi setiap ujian dengan penuh sabar dan tawakal kepada-Nya. Ingatlah, tilawah bukan sekadar membaca, tetapi menghayati setiap makna dan tafsiran yang terkandung dalam Al-Quran. Semoga dengan usaha yang dilakukan, dapat menjadi satu wasilah untuk meningkatkan kualiti diri dan lebih mendalam dalam memahami agama.





