Lawatan Dari Institut Piawaian Dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima lawatan dan kunjungan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) pada 24 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Rektor IKDAR. Lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Muhamad Faiz Bin Ishak, Senior Executive SIRIM dan Encik Muhamad Helmy Miskan, Designer SIRIM.

Lawatan ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad, Unit Pematuhan JPK, PTPK dan Akademik dan kakitangan yang lain. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan berkenaan sekuriti sijil SIRIM dalam pensijilan IKDAR. Terima kasih diucapkan kepada pihak SIRIM atas kesudian hadir di IKDAR pada hari ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.