Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan program Bubur Lambuk pada 20 Mac 2025 bertempat di IKDAR. Program ini telah melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar IKDAR. Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping. program ini diadakan bagi mempereratkan ukhwah antara IKDAR dan komuniti setempat. YBrs. Rektor juga turut membuat edaran kepada komuniti setempat dan orang awam di sekitar IKDAR.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diadakan dan diteruskan pada masa akan datang







