Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat IKDAR pada 28 April 2025 bertempat di Dewan IKDAR. Majlis ini telah melibatkan semua kakitangan dan pelajar IKDAR.

Semoga ukhwah yang dibina dan terjalin ini berkekalan hingga ke syurga. Raya lebih bermakna bila diraikan bersama. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir dan jawatankuasa yang terlibat dalam memeriahkan majlis kami.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR diiringi Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah Institusi IKDAR.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 1446H





