Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (Mou) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) Bersama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR)

Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniPSAS dan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) pada 23 Mei 2025 bertempat di Masjid UniPSAS.

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh wakil daripada IKDAR iaitu YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama YBrs. Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang IKDAR. Wakil daripada UniPSAS ialah Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, Naib Canselor, UniPSAS bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Fadlly Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UniPSAS.

Perjanjian ini telah disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Dalam majlis ini turut diadakan perjanjian persefahaman UniPSAS bersama Yayasan Ar-Ri’Ayah.

Terima kasih UniPSAS atas kesudian untuk menjalinkan kerjasama dengan IKDAR. Semoga kerjasama ini dapat membantu para pelajar IKDAR untuk menyambung pengajian di UniPSAS dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya dapat melahirkan para Huffaz yang cemerlang dalam bidang pendidikan.