Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan dan lawatan dari pegawai Jabatan Kemahiran Malaysia bagi Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET – COPTPA Program Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Pentadbiran. Lawatan ini diadakan di Bilik Gerakan Akademik, Tingkat 3, IKDAR.

Lawatan ini telah diketuai oleh Ts. Mohmad Zairi Bin Ramly serta ahli panel yang lain terdiri daripada Encik Shaparrin Bin Othman dan Encik Mohmad Rahimi Bin Mat Yasin. Lawatan ini telah disambut baik oleh Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping. Jutaan terima kasih diucapkan atas kesudian pihak JPK hadir bagi lawatan ini dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kakitangan yang terlibat dalam lawatan ini.






