Gabungan ilmu al-Quran dengan kemahiran kontemporari menjadikan generasi yang lebih versatil dan mampu menyumbang secara aktif dalam pelbagai bidang. Konsep ini mencerminkan keperluan generasi baharu untuk menjadi pemimpin masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan kemahiran duniawi.

Marilah sama-sama kita saksikan Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR selaku Pengerusi JKK Pembangunan Tahfiz TVET, Majlis TVET Negara dalam Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam minggu ini dengan tajuk “Membangun Generasi Huffaz Berkemahiran”, Khamis, pukul 9.00 malam hanya di TV1.