Program Recharge & Re-Energize : Menyemarak semangat, Memacu kecemerlangan

Alhamdulillah, semalam telah diadakan Program Recharge & Re-Energize : Menyemarak semangat, Memacu kecemerlangan anjuran Unit Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), IKDAR yang melibatkan semua pelajar.

Dengan permulaan penggal baharu ini, program ini menjadi pemangkin buat para pelajar untuk mengatur langkah dengan lebih yakin, lebih bersedia dan lebih bertenaga dalam mengejar kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

Program ini turut menampilkan satu sesi bersama Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin yang telah berkongsi pengalaman, menyuntik semangat dan menitipkan pesanan yang penuh makna kepada semua pelajar. Sesi ini memberi inspirasi dan motivasi untuk pelajar memulakan semester baharu dengan jiwa yang lebih kuat dan minda yang lebih fokus.

Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan tenaga penggerak yang menjayakan program ini. Semoga semangat yang dibina akan terus menyala sepanjang semester dan memberi impak positif dalam perjalanan ilmu dan pembentukan jati diri.