Kunjungan Hormat Lembaga Pengarah Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan Kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Delegasi Lembaga Pengarah Institusi Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Tuan Haji Meor Hezbullah Bin Meor Abd Malik, Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 01 Ogos 2025 bertempat di Pejabat Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Delegasi ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Muhamad Asri Bin Haji Abdullah, Pengerusi Lembaga Pengarah Institusi IKDAR. Dalam kunjungan ini, turut hadir bersama Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, Prof. Dr. Azmil Bin Hashim, Ahli Lembaga Pengarah Institusi dan YBrs. Tuan Syed Mohamad Bin Syed Zakaria, Penasihat Undang-Undang IKDAR.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pengurusan tertinggi IKDAR bersama Dato’ Pengelola Bijaya Diraja. Ia juga merupakan salah satu langkah untuk membuka ruang kerjasama serta sokongan dalam usaha memartabatkan pendidikan tinggi Islam, khususnya melibatkan integrasi pendidikan tahfiz dan TVET di peringkat kebangsaan

Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja Kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas kesudian meluangkan masa bagi kunjungan ini.