Satu Lawatan Verifikasi bagi Penarafan Tunggal Program TVET 2025 telah diadakan pada 11 Ogos 2025 bertempat di bilik Mesyuarat Pejabat Rektor , IKDAR.
Lawatan ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad bersama beberapa pensyarah yang terlibat.

Lawatan ini merupakan lawatan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Ahli Panel yang terlibat terdiri daripada Puan Tengku Zunida Binti Tengku Yahya Shah, Ts. Faizatun Izzah Binti Zohedi, dan Puan Noor Hazlina Binti Khalid.

Terima kasih atas kesudian pihak JPK hadir di IKDAR pada hari ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat bagi memastikan lawatan ini berjalan dengan lancar.





