Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan program derma darah dengan kerjasama Hospital Taiping. Program ini telah berlangsung di dewan IKDAR bermula pada jam 9 pagi hingga 1 petang.
Program ini telah disertai oleh kakitangan dan pelajar Ikdar serta orang awam dari daerah Taiping. Turut hadir bersama dalam program, YBrs. Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Beliau juga turut serta menderma darah dalam program ini.
Tahniah kepada warga IKDAR, anda telah laksanakan tanggungjawab sosial anda.


“Derma darah, selamatkan nyawa. Setetes darah anda mampu memberi harapan kepada mereka yang memerlukan”
Melahirkan Huffaz Teknokrat





