Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima lawatan kerjasama akademik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 25 Ogos 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Rektor, IKDAR. Kunjungan ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahameel Bin Mydin Meera, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan bersama Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah Akademi dan Jabatan serta barisan Ketua Jabatan dan Program di USAS. Delegasi ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping dan barisan pensyarah IKDAR.

Pihak IKDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak USAS atas kesudian hadir dan menjalin kerjasama strategik ini. Semoga jalinan yang terjalin dapat memperkukuh hubungan akademik, meningkatkan kualiti pendidikan Islam dan kemahiran, serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas pada masa akan datang.






