Kunjungan Muhibbah Daripada Pondok Darul Furqan Kepada Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan daripada Pondok Darul Furqan dan Siswi Universitas Islam Negeri Ar-Raniry pada 30 Ogos 2025 bertempat di dewan IKDAR dalam program Wadah Inspirasi Pelajar: Menyemai Semangat, Membentuk Profesional Muda.

Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Mohd Zaini Bin Shafiai, Mudir Pondok Darul Furqan bersama delegasi dan disambut baik oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR. Dalam program ini, Rektor IKDAR juga turut berkongsi perkongsian Peluang Pendidikan Bidang Al-Quran kepada siswa siswi Pondok Darul Furqan dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry. Selain itu, pelajar UIN Ar-Raniry juga berpeluang berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar IKDAR sebagai inspirasi dan motivasi bersama.

IKDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada delegasi Pondok Darul Furqan serta UIN Ar-Raniry atas kunjungan muhibbah ini. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi manfaat pendidikan Islam dan pembangunan modal insan pada masa hadapan.