Guest Lecture Daripada Universitas Nahdlatul Ulama Sunan (UNUGIRI) dan Perbincangan Kerjasama Bersama Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR)

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menerima kunjungan dari delegasi Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri (UNUGIRI) pada 18 September 2025. Kunjungan ini adalah bagi mengadakan guest lecture kepada pelaajr-pelajar IKDAR di samping sesi perbincangan kerjasama antara kedua-dua institut. Delegasi UNUGIRI yang hadir terdiri daripada :

1. Dr. Astrid Chandra Sari, Direktur Umum Keuangan Dan Teknologi, Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri

2. Dr. Benny Widya Pradana, Kepala Pusat Data Dan Informasi, Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri

3. Encik Mohammad Tsaqibul Fikri, Jabatan Direktur Kelembagaan, Universitas Nahdlatul Ulama Sunan Giri

Delegasi ini telah disambut baik oleh YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Puan Siti Norlina Binti Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping serta barisan pensyarah dan kakitangan yang terlibat. Melalui kunjungan ini, kedua-dua pihak telah membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang akademik, penyelidikan serta pembangunan program bersama yang memberi manfaat kepada pelajar IKDAR dan UNUGIRI.

IKDAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak UNUGIRI atas kesudian hadir serta berkongsi ilmu dalam program ini. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuh dan diperluaskan pada masa akan datang demi memartabatkan pendidikan Islam dan melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.