Majlis Penutup Hari Kokurikulum IKDAR 2025

Majlis Penutup Hari Kokurikulum IKDAR 2025 telah diadakan bagi menandakan berakhirnya pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi tahun ini. Sepanjang sesi 2025, para pelajar telah menunjukkan tahap komitmen, disiplin dan kepimpinan melalui penglibatan aktif dalam pelbagai kelab dan sukan. Antara kelab dan sukan yang dijalankan termasuklah Kelab Bahasa, Kelab Usahawan Muda, Silat, Maharat al-Quran, Sukan Futsal, Kelab Sepak Takraw, Kelab Ping Pong, Kelab Catur dan lain-lain.

Majlis penutup ini juga menjadi wadah untuk menghargai usaha, kerjasama dan dedikasi semua pihak yang telah memastikan kelancaran setiap aktiviti. Pengiktirafan yang diberikan pada hari ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada motivasi pelajar untuk terus cemerlang dan berdaya saing.

Dengan berakhirnya Hari Kokurikulum IKDAR 2025, diharapkan segala pengalaman dan kemahiran yang diperoleh akan terus menyumbang kepada pembentukan sahsiah pelajar yang seimbang.