Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) Cawangan Sabah melalui Sekretariat Pendidikan Lanjutan Tahfiz bersama-sama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Program Outreach Institusi Pendidikan Islam Rakyat Negeri Sabah 1.0 Peringkat Daerah Sandakan pada 02 Februari 2026 bertempat di Auditorium ADTEC JTM Kampus Sandakan. Program ini menghimpunkan para pelajar, pentadbir Institusi Tahfiz , Pondok dan Sekolah Agama Rakyat, Guru-Guru Sekolah Agama Negeri dan KAFA serta Ibu bapa lebih daripada 100 orang yang hadir daripada daerah Sandakan. Program ini sebagai platform perkongsian maklumat dan penyelarasan hala tuju pendidikan pelajar tahfiz, pondok dan pendidikan Islam. Program ini juga memberi pendedahan menyeluruh berkaitan peluang lanjutan pendidikan khususnya laluan pendidikan yang lebih terancang kepada para pelajar tahfiz dan guru-guru.
Majlis Perasmian ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Alipudin Puyon Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR, YBrs. Ts. Suhaidi Bin Mustar, Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kampus Sandakan, serta wakil-wakil daripada USIA, Jabatan Kerajaan, Persatuan, Sekolah Tahfiz, Pondok dan Institusi Pendidikan Islam Agama Rakyat.

Perkongsian taklimat bagi program ini telah disampaikan oleh Ustaz Rafaeh Enarji, Pengarah Dakwah USIA merangkap Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wassunnah Al-Yaakob, Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Ahli Majlis TVET Negara serta Prof. Dr. Azmil Bin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Akreditasi Tahfiz.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini demi memperkasa pendidikan Islam dan pembangunan modal insan. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir






