Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menganjurkan Majlis Konvokesyen IKDAR Kali ke-3 Tahun 2026 pada 14 Februari 2026 bertempat di Hotel Taiping Perdana dalam suasana penuh gilang-gemilang dan bermakna.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dato’ Haji Muhamad Asri bin Haji Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan. Turut hadir bersama YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahirah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, YBrs. Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah Institusi, Jawatankuasa Penasihat Akademik dan Industri, agensi-agensi kerajaan, tenaga pengajar, ibu bapa serta keluarga graduan.

Penganjuran konvokesyen ini bukan sahaja sebagai simbol pengiktirafan terhadap usaha gigih para graduan sepanjang tempoh pengajian, malah menjadi titik permulaan kepada perjalanan mereka dalam menyumbang kepakaran dan kemahiran kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan tahfiz dan pengurusan pentadbiran.

Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam mendepani cabaran masa hadapan serta melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berkemahiran tinggi.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan yang membanggakan ini. Teruskan melangkah dengan yakin, berbakti kepada agama, bangsa dan negara serta menjadi inspirasi kepada masyarakat sekeliling.