Alhamdulillah, Program Edaran Percuma Bubur Lambuk IKDAR diteruskan lagi menerusi Siri Ke-2 semalam dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan yang mulia.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja serta para pelajar IKDAR yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dalam memastikan kelancaran program serta menyantuni masyarakat setempat.

Semoga setiap usaha, tenaga dan sumbangan yang diberikan menjadi amal kebaikan serta membawa keberkatan buat kita semua.

Insya-Allah, program ini akan diteruskan lagi pada 13 Mac 2026.

“Melahirkan Huffaz Teknokrat”