Alhamdulillah, Program Ceramah Nuzul Al-Quran Peringkat IKDAR telah diadakan dengan penuh pengisian ilmu dan penghayatan terhadap keagungan Al-Quran.
Ceramah yang bertajuk “Al-Quran Menjadi Panduan Sepanjang Hayat” telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Muhammad Nazirul bin Mohs Sabri. Perkongsian yang disampaikan memberi peringatan dan motivasi kepada seluruh warga IKDAR tentang kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam setiap aspek kehidupan.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah Rektor IKDAR, Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin bersama warga kerja dan para pelajar IKDAR.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemai rasa cinta terhadap Al-Quran serta mengukuhkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri setiap warga IKDAR.





