Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Program “IKDAR Rush Challenge” pada 13 Mei 2026 bertempat di Taman Tasik Taiping. Penganjuran program di kawasan rekreasi awam turut memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta membina hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Program ini juga berjaya mewujudkan suasana yang positif, meriah dan harmoni selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, urus setia serta orang awam disekeliling.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar, urus setia serta pihak yang telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, berkeyakinan, berketerampilan dan mampu berinteraksi dengan baik bersama masyarakat.
“Melahirkan Huffaz Teknokrat”




