Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Majlis Amanat Rektor IKDAR kepada Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027 pada 8 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Rektor, IKDAR.
Majlis ini telah dihadiri oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Rektor IKDAR dan Puan Siti Norlina Bte. Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping bersama barisan kakitangan yang lain.

Majlis ini diadakan sebagai platform bagi menyampaikan amanat, hala tuju serta harapan pihak pengurusan Institut kepada barisan kepimpinan pelajar yang baharu.
Dalam majlis ini juga Saudara Muhammad Ilham Faris Bin Idris selaku memangku Presiden telah membentangkan takwim dan perancangan MPP tahun 2026.
Diharapkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2026/2027 dapat memainkan peranan secara proaktif sebagai penghubung antara pelajar dan pihak pengurusan serta menjadi contoh teladan dalam membentuk sahsiah, disiplin dan kecemerlangan warga IKDAR.
Melahirkan Huffaz Teknokrat




