Alhamdulillah, Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pesantren Ummulqura Antarabangsa Bireuen, Aceh, Indonesia pada 29 Julai 2026, sebagai langkah strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama pendidikan Islam di peringkat antarabangsa.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR bersama Prof. Dr. H. Saifullah, S.Ag., M.Pd., Pimpinan Pesantren Ummulqura Antarabangsa Bireuen.

Jalinan kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan pendidikan Islam yang berkualiti, progresif dan berdaya saing, di samping mengeratkan hubungan persaudaraan antara Malaysia dan Indonesia melalui perkongsian kepakaran, pengalaman serta pembangunan modal insan.

Semoga Memorandum Persefahaman ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif yang mampu melahirkan generasi Muslim berilmu, berakhlak mulia, berkemahiran dan berwawasan global, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ummah serta kemajuan pendidikan Islam di peringkat serantau dan antarabangsa.
Artikel:





