Alhamdulillah, IKDAR menerima kunjungan daripada Maahad Tahfiz Al-Hidayah, Bentong, Pahang bagi Lawatan Penanda Aras Program TVET Tahfiz Tahap 3 (Pengajaran Tahfiz).
Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan program TVET Tahfiz, khususnya dalam bidang pengajaran Tahfiz.
Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama antara IKDAR dan Maahad Tahfiz Al-Hidayah terus diperkukuh serta memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan Tahfiz pada masa akan datang





