Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah mengadakan Majlis Serah Tugas serta Sesi Suai Kenal Pengarah Operasi IKDAR Baharu pada 1 Oktober 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Rektor sebagai simbol kesinambungan amanah dan kepimpinan dalam memperkukuh pengurusan serta operasi IKDAR.
Majlis ini melibatkan Yang Berusaha Puan Siti Norlina Bte. Samad, Pengarah IKDAR Cawangan Taiping, yang menyerahkan amanah dan tanggungjawab pengurusan operasi kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Zulhazrin Bin Mizan,Pengarah Operasi IKDAR Baharu. Penyerahan ini disaksikan oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin. Jawatan ini berkuatkuasa bermula 1 Oktober 2026. Pertukaran amanah ini bukan sekadar sebuah serah tugas, tetapi merupakan kesinambungan usaha, pengalaman dan komitmen dalam memastikan setiap gerak kerja IKDAR terus berjalan dengan teratur serta mencapai matlamat yang telah digariskan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Siti Norlina Bte. Samad atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan. Selamat datang dan selamat menjalankan amanah kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Zulhazrin Bin Mizan. Semoga kepimpinan dan pengalaman yang dibawa menjadi pemangkin kepada pengukuhan operasi serta kecemerlangan IKDAR.





