Lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia ke IKDAR Sabah

Telah berlangsung satu pertemuan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan – IKDAR Cawangan Sabah. 

YB Mustafa Sakmud yang juga ahli Sepanggar sudi melawat IKDAR Sabah. Pertemuan tersebut dihadiri oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin, Pengurus Pusat Bertauliah, Puan Siti Norlina, Pengurus Pusat Bertauliah IKDAR Sabah, En Kamarul Bin Asmara. YB Mustafa Sakmud ditemani oleh En Ts Kamarulzaman, mantan Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang sekarang menjabat sebagai Pengarah Jabatan Tenaga Manusia. 

Pertemuan tidak rasmi tersebut bertujuan memberi gambaran tentang penubuhan IKDAR dan fungsi IKDAR Sabah sebagai Pusat Keguruan Dan Pendidikan Tahfiz TVET dan Dakwah di negeri Sabah. 

Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat yang berada di negeri Sabah