Alhamdulillah, pada tahun ini beberapa orang pelajar IKDAR telah menerima jemputan sebagai imam solat terawih sempena bulan Ramadan. Salah seorang daripada mereka telah dijemput oleh Japan Da’wah Centre.
Pelajar tersebut bernama Muhammad Syafi bin Mohd Shukri kini berusia 19 tahun yang merupakan seorang huffaz. Beliau yang berasal dari Puchong, Selangor ini telah menerima pelajaran awal di Maahad Tahfiz Al-Bayan Cawangan Pangsapuri Melawati dan melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengajaran Tahfiz.







