Lawatan Ke KKIP Aerospace Training Centre

Alhamdulillah kedatangan Rektor IKDAR ke Sabah pada kali ini berkesempatan membuat lawatan ke KKIP Aerospace Training Centre. KKIP Aerospace Training Centre merupakan sebuah pusat latihan aeroangkasa yang menyediakan program kejuruteraan penyelenggaraan pesawat serta pembangunan aplikasi udara. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut merancang bagi mengadakan perbincangan susulan bagi tujuan kerjasama.

Lawatan dari pihak IKDAR pada hari ini disambut oleh Training Manager; Encik Shayuti Mat Taib, Quality Assuarance Manager; Encik Md Redzuan Md Nordin, serta Senior Instructor; Encik Mohd Sharil bin Mat Salleh.

IKDAR amat berbesar hati pihak KKIP sudi menerima lawatan pada kali ini. Semoga perancangan kerjasama yang ingin direncana dapat dicapai dan diberi kemudahan olehNya. Amin.