Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera @ Larut Matang Dan Selama

Telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan dan Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Larut Matang dan Selama di Taiping.

IKDAR turut serta dalam program jelajah Karnival Kerjaya Perak yang telah diadakan dari jam 8.pagi sehingga 5.00 petang ini, bagi memberi peluang kepada anak-anak muda bagi mengisi kekosongan jawatan dan mencari pengalaman bersama warga kerja IKDAR.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak telah mendengar permasalahan hadirin sempena Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 Siri 4.

Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak) juga turut turun padang dan melakukan (walkabout) ke booth-booth majikan.