Kunjungan Hormat Ke Universiti Islam Selangor (UIS)

Rektor IKDAR bersama dengan Pengerusi Lembaga Penasihat Akademik IKDAR dan beberapa pegawai telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Rektor Universiti Islam Selangor (UIS), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Farid Ravi bin Abdullah.

Kunjungan turut disambut oleh beberapa pegawai UIS, antaranya Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, dan Ketua Bahagian Pengurusan Akademik. Kunjungan ini turut membincangkan berkenaan beberapa serta kerjasama yang dapat dicapai antara kedua belah pihak. Semoga segala usaha dalam memperkasa institusi tahfiz dipermudah olehNya. Amin.