Sebagai penutup bulan syawal, IKDAR juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri IKDAR 1444H. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para jemputan kenamaan termasuklah YAB Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Tuan Pegawai Daerah LMS, Penolong Pegawai Daerah LMS, YB Parlimen Kamunting, YB Parlimen Changkat Jering, Pengarah IPG Ipoh, ahli-ahli Lembaga Penasihat Akademik, dan lain-lain jemputan yang IKDAR raikan.

Tidak dilupakan, para kakitangan IKDAR serta pelajar-pelajar yang sama-sama memeriahkan majlis ini serta bertungkus lumus dalam mengelola dan membantu melangsungkannya dari awal hingga selesai.
Majlis jamuan Aidilfitri seumpama ini merupakan julung kalinya diadakan dengan kehadiran jemputan luar. Semoga dengan adanya majlis ini, dapat mengeratkan ukhwah sesama keluarga IKDAR serta antara IKDAR dan agensi luar. Amin.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin





