Kunjungan oleh HIKMAH Islamic Technology College (HITEC) ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dipengerusikan oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Tahiruddin dan turut disambut oleh beberapa pegawai IKDAR. HITEC dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Alwi Morshidi (Group CEO Hikmah), Al-fadhil Ustaz Suhaimi Suhaili (HITEC) serta YBrs. Tuan Muhamad Asraf (COO HITEC).

Kunjungan ini bertujuan untuk berbincang dan mempelajari perihal struktur pengurusan kolej secara menyeluruh, selain membincangkan berkenaan bentuk kerjasama yang dapat dicapai antara HITEC dan IKDAR pada masa hadapan. Semoga usaha ini perrmudahkan dan dapat membuka lebih banyak peluang dalam memperkasakan institusi tahfiz.





