International Conference Of Islamic Universities

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) telah menjadi salah satu ahli Asian Islamic Universities Association (AIUI) dan kali pertama menyertai persidangan ini bersama dengan 300 perwakilan dari serata Asia.

IKDAR juga merupakan kolej kemahiran pertama yang diterima dalam persatuan di peringkat pengajian tinggi.

Rektor IKDAR iaitu Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin juga telah diberi peluang untuk memperkenalkan peranan IKDAR dalam pembangunan TVET Tahfiz di Malaysia kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam persidangan ini dan turut membincangkan kerjasama bersama.

Dalam persidangan tersebut, Rektor IKDAR juga berpeluang bertemu dengan Presiden Universiti Al-Azhar, Mohamed al-Mahrasawii dan Mufti Negara Brunei, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang telah berlangsung selama dua hari di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei.

Semoga usaha ini dipermudahkan dan dapat membuka lebih banyak peluang dalam memperkasakan institusi tahfiz.

Melahirkan Huffaz Teknokrat