Pengajian Kitab Bersama IKDAR

Dalam ruang yang ada, Rektor IKDAR berkesempatan menyampaikan pengajian berkitab bersama dengan pelajar siswa dan siswi pada pagi ini. Pengajian hampir dua jam ini diadakan di Surau IKDAR dengan kehadiran pelajar siswi secara dalam talian. Kitab yang menjadi rujukan adalah Kitab Fiqhusiyasi. Program pagi ini telah disusun dibawah Unit HEP dengan tujuan dapat memberi pengisian […]

Lawatan Penanda Aras Institut Tahfiz Kemahiran (INTAKE) Jawahir

Hari ini, Institut Tahfiz Kemahiran (INTAKE) Jawahir, Johor telah mengadakan lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR). INTAKE Jawahir merupakan Pusat Bertauliah Kemahiran Swasta yang menjalankan program TVET Tahfiz di negeri Johor Darul Takzim. Delegasi INTAKE Jawahir diketuai oleh Pengasas dan Pengurus Pusat Bertauliah, Tuan Azammuddin Bin Parman, ditemani oleh Ketua Sektor […]

Kunjungan Hormat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz Tvet

Hari ini, Jawatankuasa Kerja (JKK) Pembangunan Tahfiz TVET dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, telah mengadakan kunjungan hormat ke kampus Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan, Kampus Taiping. JKK Tahfiz TVET ini dihadiri oleh Tuan Dr. Khairul Azhar Bin Abdul Rahim dan Puan Lili Munira Binti Mat Yusof disambut oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal […]

Sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Kelantan

Pada hari ini telah berlangsung sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Kelantan dan Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa Kelantan. Rektor IKDAR turut dijemput oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam majlis tersebut dan menyampaikan ceramah yang bertajuk Prospek dan […]

Peperiksaan Semester Akhir Sesi 2/2023

Peperiksaan berlangsung pada 26 November sehingga 6 Disember 2023, Sama-sama kita mendoakan siswa dan siswi IKDAR dipermudahkan urusan dan diberi kesabaran sepanjang menjalani peperiksaan akhir dengan tenang. Doa Menghadapi Peperiksaan اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ اِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وأَنْتَ تَجْعَلَ الحُزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang engkau buat mudah, dan Engkau […]

Simposium TVET Melaka 2023

Rektor IKDAR yang juga merupakan Pengerusi JKK Pembangunan Tahfiz Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) telah dijemput sebagai penceramah dalam Simposium TVET Melaka 2023 sempena Karnival Pendidikan & Kerjaya TVET Melaka 2023. Rektor telah membawa tajuk Halatuju Pendidikan Tahfiz melalui Pendidikan Tahfiz TVET dalam sesi kedua forum tersebut. Simposium ini berlangsung di MITC Ayer Keroh Melaka […]

MoU Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)

Alhamdulillah, hari ini telah termeterai Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) dan Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA). MoU ini antaranya adalah bagi kerjasama program kesinambungan pengajian ke peringkat Diploma di IKDAR, penempatan kerjaya dan latihan guru dan pelajar, serta pertukaran kepakaran. MoU antara IKDAR dan HESA ini […]

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah

Alhamdulillah telah pun berlangsung acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah bersempena ulang tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2023. Rektor IKDAR, YBrs.Dr. Muhammad Faizal Tahiruddin turut dijemput sebagai tetamu kehormat dan berbesar hati menyertai acara pada pagi ini. Acara yang bermula pada jam 06.20 pagi melibatkan jarak […]

Hari Sukan IKDAR 2023

Alhamdulillah, Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah berjaya mengadakan program tahunan IKDAR iaitu hari Sukan IKDAR. Program ini dilaksanakan untuk melihat keaktifan, bakat serta kekreatifan pelajar dalam melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Hari Sukan IKDAR 2023 ini dirasmikan oleh Rektor IKDAR, Dr Muhammad Faizal Bin Tahiruddin. Aktiviti ini telah disertai oleh seluruh kakitangan dan […]

Program Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang dijemput ke anugerah kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak tahun 2023. Program Anugerah Kecemerlangan itu berlangsung semalam di Hotel Casuarina tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibn alMarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Pelajar IKDAR yang menerima anugerah Sijil Tahfiz Negeri Perak tahun 2023 […]